Hari Terbuka PR1MA di UTC Perak

06/06/2018

Kediaman jenis apartmen, PR1MA @ Fair Park kini dibuka untuk permohonan sehingga 10 Jun 2018. Kediaman ini terdiri daripada 252 unit yang mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air serta mempunyai akses mudah ke pusat bandar. Datanglah beramai – ramai ke Hari Terbuka PR1MA yang akan berlangsung pada 8 – 10 Jun 2018 (Khamis – Ahad) di UTC Perak, Off Jalan Dato’ Onn Jaafar, Ipoh, Perak pada jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami sedia membantu anda.

Terdapat 3 lagi kediaman jenis apartmen yang berkonsep moden di Ipoh yang kini dibuka untuk jualan iaitu PR1MA @ Kampung Paloh, PR1MA @ Falim dan PR1MA @ Bandar Meru Raya yang bakal anda miliki! Nikmati gaya hidup berkualiti bersama keluarga tersayang anda.

Layari www.pr1ma.my untuk menyemak kriteria kelayakan dan dokumen-dokumen yang perlu disediakan terlebih dahulu.