Hari Terbuka Jelajah PR1MA di Lembah Klang

30/05/2018

Jangan ketinggalan untuk memiliki salah sebuah kediaman PR1MA di Lembah Klang seperti PR1MA @ Jalan Jubilee, PR1MA @ Alam Damai, PR1MA @ Bandar Bukit Mahkota serta 44 projek yang kini dibuka untuk jualan di seluruh Malaysia. Anda boleh membawa saudara-mara serta kenalan anda untuk sama – sama memiliki kediaman impian anda dengan menghadiri Hari Terbuka Jelajah PR1MA di Lembah Klang pada 30 Mei – 3 Jun 2018 (Rabu – Ahad), di beberapa lokasi seperti tertera di bawah dari jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang setiap hari.

30 Mei 2018 (Rabu) : Giant Bukit Tinggi

31 Mei 2018 (Khamis) : KL Gateway Mall

1 Jun 2018 (Jumaat) : Giant Kota Damansara

2 Jun 2018 (Sabtu) : Giant Shah Alam

3 Jun 2018 (Ahad) : Jaya 33 Mall

Layari www.pr1ma.my untuk menyemak kriteria kelayakan dan dokumen-dokumen yang perlu disediakan terlebih dahulu.

Selamat menyertai komuniti PR1MA!