Hari Terbuka PR1MA di Ampang

23/05/2018

Datanglah beramai – ramai ke Hari Terbuka PR1MA yang akan berlangsung pada 25 – 27 Mei 2018 (Jumaat – Ahad) di Dewan Nusa Bakti, Ampang Jaya, Selangor, pada jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang. Terdapat juga 43 lagi projek lain yang akan dibuka untuk jualan di seluruh Malaysia.

Terdapat tiga kediaman apartmen berkonsep moden dan kotemperori di Lembah Klang yang kini dibuka untuk jualan iaitu PR1MA @ Jalan Jubilee (terletak di Bukit Bintang), PR1MA @ Alam Damai (terletak di Cheras) dan PR1MA @ Bandar Bukit Mahkota (terletak di Bangi) yang bakal dimiliki! Nikmati gaya hidup berkualiti bersama keluarga tersayang anda.