Hari Terbuka PR1MA di Cheras

09/10/2018

Jangan ketinggalan untuk menemui warga PR1MA di Aras bawah, Tesco Extra Cheras, Taman Midah, Cheras, Kuala Lumpur sempena Hari Terbuka PR1MA pada 12 – 14 Oktober 2018 (Jumaat – Ahad) bermula jam 10.00 pagi hingga 7.00 malam. Anda berpeluang memiliki salah sebuah kediaman PR1MA @ Alam Damai (sedia didiami), PR1MA @ Jalan Jubilee atau PR1MA @ Bandar Bukit Mahkota yang dibuka untuk jualan di Lembah Klang. Terdapat juga 46 lagi projek kediaman PR1MA lain di seluruh Malaysia yang akan turut dibuka untuk jualan semasa Hari Terbuka ini. Anda berpeluang memiliki salah sebuah kediaman PR1MA idaman anda.