Hari terbuka PR1MA di D’Marina

09/05/2018

Warga PR1MA mengalu-alukan kehadiran anda ke Hari Terbuka PR1MA di Dewan A, Tingkat 1, Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah, Hotel Zenith, Kuantan, Pahang pada 13 Mei 2018 (Ahad) dari jam 9.00 pagi – 5.00 petang. Anda berpeluang memiliki kediaman PR1MA @ D’Marina  yang serba lengkap dengan pelbagai kemudahan asas seperti dewan serbaguna, taska, taman permainan, klinik dan sebagainya. PR1MA @ D’Marina terdiri daripada kediaman teres satu dan dua tingkat. Warga PR1MA sedia membantu anda untuk memiliki salah satu daripada kediaman tersebut. 

Sila layari www.pr1ma.my untuk menyemak kriteria kelayakan dan dokumen-dokumen yang perlu disediakan terlebih dahulu.

Datanglah beramai-ramai untuk memiliki kediaman impian anda bersama PR1MA.

*Tertakluk pada terma & syarat.