Hari Terbuka PR1MA di Gopeng

02/10/2018

Warga PR1MA sedia untuk membantu anda memiliki kediaman PR1MA @ Sungai Raia. Kediaman PR1MA @ Sungai Raia terletak berdekatan dengan bandar raya Ipoh dan dikelilingi dengan kehijauan alam semula jadi. Terdapat 10 lagi projek kediaman lain yang kini dibuka untuk jualan di negeri Perak. Hari Terbuka PR1MA akan berlangsung di Aras bawah, Mydin Wholesale Hypermarket, RTC Gopeng, Perak pada 6 & 7 Oktober 2018 (Sabtu & Ahad) dari jam 10.00 pagi hingga 7.00 malam. Realisasikan impian untuk memiliki kediaman idaman anda di negeri Perak.