Hari Terbuka PR1MA di Johor Bahru

03/12/2018

Warga Johor kini berpeluang untuk memiliki salah sebuah kediaman PR1MA @ Larkin Indah, PR1MA @ Kota Tinggi atau PR1MA @ Tebrau (Tanah Rizab Melayu) yang kini dibuka untuk jualan. Temui warga PR1MA di Aras 1, Angsana Johor Bahru Mall, Tampoi, Johor pada 7 – 9 Disember 2018 (Jumaat – Ahad) dari jam 10.00 pagi hingga 7.00 malam untuk mendaftar, memohon dan seterusnya memiliki kediaman impian anda. Unit adalah terhad!