Hari Terbuka PR1MA di Kuantan

04/12/2017

Ayuh semua ke Hari Terbuka PR1MA di Aras Bawah, Kuantan City Mall bersempena dengan Kuantan City Mall Property Fair  pada 9 & 10 Disember 2017 (Sabtu dan Ahad), dari jam 10:00 pagi hingga 10:00 malam.

Di sini, projek kediaman PR1MA @ Pantai Batu Rakit, PR1MA @ Lubok Jong, PR1MA @ Tok Bali dan 30 projek kediaman PR1MA lain di seluruh Malaysia akan dibuka untuk jualan. Selain itu, kepada semua yang berminat untuk mendaftar minat anda untuk memiliki PR1MA @ Gambang 3, Kuantan, anda juga dijemput untuk hadir.

Untuk mengetahui info mengenai projek yang ditawarkan, menyemak senarai penuh dokumen dan untuk mengetahui kelayakan untuk pembelian kediaman PR1MA, anda boleh layari www.pr1ma.my.  

Jumpa anda di sana!