Hari Terbuka PR1MA di Lubok Jong

13/03/2018

Warga PR1MA mengalu-alukan kehadiran anda ke Hari Terbuka PR1MA di Dewan Serbaguna Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), Pasir Mas, Kelantan pada 16 – 18 Mac 2018 ini (Jumaat – Ahad), dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Anda berpeluang memiliki kediaman PR1MA @ Lubok Jong, PR1MA @ Tok Bali dan 38 projek lain di seluruh Malaysia yang kini dibuka untuk jualan. Layari www.pr1ma.my untuk menyemak kriteria kelayakan dan dokumen-dokumen yang perlu disediakan terlebih dahulu.