Hari Terbuka PR1MA di Melaka

07/09/2017

Jom beramai-ramai ke di Hari Terbuka PR1MA bertempat di Bilik Mesyuarat MITC, Aras 1, Melaka International Trade Centre pada 16 & 17 September 2017 (Sabtu dan Ahad), mulai jam 9:00 pagi hingga 5:00 petang

Warga PR1MA sedia membantu anda untuk mendaftar, memohon dan memilih salah satu daripada dua kediaman PR1MA yang ditawarkan di negeri Melaka. Unit adalah terhad! 

Di antara kelebihan dan fasiliti-fasiliti yang disediakan di kediaman PR1MA @ Melaka Tengah 1

  • Terletak di tepi Sungai Melaka
  • Reka bentuk moden
  • Berdekatan dengan pusat pengangkutan awam utama negeri 
  • Dewan komuniti
  • Surau
  • Taman permainan

Di antara kelebihan dan fasiliti-fasiliti yang disediakan di kediaman PR1MA @ Melaka Tengah 2

  • Dibina di atas Tanah Rizab Melayu
  • Akses mudah ke lebuh raya utama 
  • Berdekatan dengan pusat-pusat pendidikan dan pusat perubatan
  • Tadika dan taska
  • Surau
  • Komuniti berpagar dan berpengawal

Untuk mengetahui info mengenai projek-projek yang ditawarkan, menyemak senarai penuh dokumen dan untuk mengetahui kelayakan untuk pembelian kediaman PR1MA, anda boleh layari www.pr1ma.my.  

Jumpa anda di sana!