Hari Terbuka PR1MA di Melaka

16/05/2018

Rebutlah peluang anda untuk memiliki salah satu kediaman PR1MA di negeri Melaka serta empat (4) lagi kediaman yang kini dibuka untuk permohonan termasuk PR1MA @ Taman Sri Gading, PR1MA @ Durian Tunggal, PR1MA @ Parit Melana dan PR1MA @ Klebang 1. Kunjungi Hari Terbuka PR1MA pada  18 – 20 Mei 2018 (Jumaat – Ahad), di UTC Melaka, Jalan Hang Tuah, Melaka dari jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang.

Kami akan berada di lokasi bagi membantu anda mendaftar, memohon serta memiliki kediaman impian anda bersama PR1MA.

Layari www.pr1ma.my untuk menyemak kriteria kelayakan dan dokumen-dokumen yang perlu disediakan terlebih dahulu.

Selamat menyertai komuniti PR1MA!