Hari Terbuka PR1MA di Permatang Pauh

12/12/2017

Jom kunjungi Hari Terbuka PR1MA di Excel Focus Properties Sdn. Bhd, Signature Avenue, Prai mulai jam 9:00 pagi hingga 5:00 petang. Anda berpeluang untuk memiliki kediaman PR1MA @ Permatang Pauh yang akan dibuka untuk jualan.   

Untuk makluman:

  • 15 Disember 2017 (Jumaat) – Sesi jemputan khas untuk pemohon yang berjaya dalam cabutan undi untuk projek kediaman PR1MA @ Permatang Pauh.  
  • 16 & 17 Disember 2017 (Sabtu & Ahad) – Sesi terbuka untuk semua yang memenuhi kriteria kelayakan pembelian kediaman PR1MA.

 

Alamat lokasi:

Excel Focus Properties Sdn. Bhd, Signature Avenue, Jalan Lestari, 13700 Perai, Penang, Malaysia

Untuk mengetahui info mengenai projek yang ditawarkan, menyemak senarai penuh dokumen dan untuk mengetahui kelayakan untuk pembelian kediaman PR1MA, anda boleh layari www.pr1ma.my.  

Jumpa anda di sana!