Hari Terbuka PR1MA di Ranggu

12/12/2017

Berita baik buat warga Tawau! Jom ke Dewan Peringatan Hiew Fook, Sabah Chinese High School pada 15 – 17 Disember ini (Jumaat – Ahad) sempena Hari Terbuka PR1MA.

Kediaman PR1MA @ Ranggu (Fasa 2) akan dilancarkan untuk jualan pada 15 – 17 Disember 2017 (Kediaman Satu Tingkat & Dua Tingkat). Jom sertai kami bermula jam 9:00 pagi hingga 5:00 petang. Warga PR1MA akan berada di lokasi untuk membantu anda bagi berkongsikan maklumat berkaitan kediaman tersebut. Unit adalah terhad!

Untuk mengetahui info mengenai projek yang ditawarkan, menyemak senarai penuh dokumen dan untuk mengetahui kelayakan untuk pembelian kediaman PR1MA, anda boleh layari www.pr1ma.my.  

Jumpa anda di sana!