Hari Terbuka PR1MA di Seremban

05/06/2018

Luangkan masa anda untuk menghadiri Hari Terbuka PR1MA di Wisma Negeri, Jalan Dato’ Abdul Malek, Seremban, Negeri Sembilan. Warga PR1MA akan berada di sini pada 7 & 8 Jun 2018 (Khamis & Jumaat) dari jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang.

Ambil peluang ini untuk memiliki salah sebuah kediaman daripada 5 projek yang kini dibuka untuk jualan di Negeri Sembilan dan Lembah Klang termasuk PR1MA @ Seremban Sentral, PR1MA @ Port Dickson, PR1MA @ Jalan Jubilee, PR1MA @ Alam Damai dan PR1MA @ Bandar Bukit Mahkota. Kediaman jenis teres dan apartmen serba moden dan kontemperori ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas bagi keselesaan penghuni.

Warga PR1MA sedia membantu anda untuk memiliki kediaman impian anda bersama PR1MA. 

Layari www.pr1ma.my untuk menyemak kriteria kelayakan dan dokumen-dokumen yang perlu disediakan terlebih dahulu.