Hari Terbuka PR1MA di Seremban

15/10/2018

Rebutlah peluang untuk memiliki kediaman PR1MA di Negeri Sembilan iaitu PR1MA @ Seremban Sentral atau PR1MA @ Port Dickson yang kini dibuka untuk jualan. Kunjungi warga PR1MA di Hari Terbuka PR1MA di Aras UG, Palm Mall, Kemayan Square, Seremban, Negeri Sembilan pada 19 – 21 Oktober 2018 (Jumaat – Ahad) dari jam 10.00 pagi hingga 7.00 malam. Warga PR1MA akan berada di lokasi bagi membantu anda mendaftar, memohon serta memiliki kediaman impian anda.