Hari Terbuka PR1MA di Sungai Petani

12/06/2018

Ayuh warga Kedah sertai kami di Hari Terbuka yang akan berlangsung di No 383, Residensi PR1MA Bandar Puteri Jaya 1, Sungai Petani, Kedah pada 22 – 24 Jun 2018 (Jumaat – Ahad). Kami akan berada di sini dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Miliki salah sebuah kediaman daripada 6 projek yang kini dibuka untuk jualan di negeri Kedah termasuk PR1MA @ Sungai Petani 1 dan PR1MA @ Sungai Petani 2 dan PR1MA @ Kuala Ketil yang sedia untuk didiami.

Kami sedia membantu anda mendaftar, memohon dan memiliki kediaman tersebut. Datang beramai-ramai untuk memiliki kediaman impian anda.

Sila layari www.pr1ma.my untuk menyemak kriteria kelayakan dan dokumen-dokumen yang perlu disediakan terlebih dahulu.