Hari Terbuka PR1MA di Taiping

04/04/2018

Warga PR1MA mengalu-alukan kehadiran anda ke Hari Terbuka PR1MA di Giant Taiping Mall, Aras Bawah, Kawasan Perindustrian Kamunting, Taiping, Perak pada 6 – 8 April 2018 ini (Jumaat – Ahad), dari jam 10.00 pagi hingga 8.00 malam.

Anda berpeluang memiliki kediaman PR1MA @ Bagan Serai,  PR1MA @ Kamunting dan 38 projek lain di seluruh Malaysia yang kini dibuka untuk jualan. Warga PR1MA sedia membantu anda untuk memiliki salah satu daripada kediaman tersebut. 

Layari www.pr1ma.my untuk menyemak kriteria kelayakan dan dokumen-dokumen yang perlu disediakan terlebih dahulu.