Hari Terbuka PR1MA di Tanjung Kling

14/11/2017

Rebut peluang anda untuk memiliki kediaman PR1MA @ Tanjung Kling 1 yang akan dibuka untuk jualan buat mereka yang menginginkan kediaman yang moden dan berkualiti yang dibangunkan di lokasi yang strategik.

Warga PR1MA akan berada di Dewan Tanah Merah Jaya, Melaka dari jam 9:00 pagi hingga 5:00 petang. 

Untuk makluman:

  • 18 November 2017 (Sabtu)

          – Sesi khas untuk jemputan bagi senarai pemohon yang berjaya dalam cabutan undi kediaman PR1MA @ Tanjung Kling 1.   

  • 19 November 2017 (Ahad) 
    – Sesi terbuka untuk semua yang memenuhi kriteria kelayakan pembelian kediaman PR1MA.

Alamat lokasi:

Dewan Tanah Merah Jaya,

Pantai Kundur, Taman Tanah Merah Jaya, Melaka

Untuk mengetahui info mengenai projek yang ditawarkan, menyemak senarai penuh dokumen dan untuk mengetahui kelayakan untuk pembelian kediaman PR1MA, anda boleh layari www.pr1ma.my.  

Jumpa anda di sana!