Hari Terbuka PR1MA di Tebrau

04/12/2017

Jom beramai-ramai singgah ke Eagle Room, Aras 9, Bayu Marina Hotel & Resort pada 8 & 9 Disember ini (Jumaat dan Sabtu) sempena Hari Terbuka PR1MA.

Projek kediaman PR1MA @ Tebrau (Tanah Rizab Melayu) akan dibuka untuk jualan dan warga PR1MA akan berada di lokasi mulai 9:00 pagi hingga 5:00 petang. Unit adalah terhad!

Untuk mengetahui info mengenai projek yang ditawarkan, menyemak senarai penuh dokumen dan untuk mengetahui kelayakan untuk pembelian kediaman PR1MA, anda boleh layari www.pr1ma.my. Para pembeli dan pembeli bersama juga diperlukan untuk menyediakan salinan surat beranak untuk pembelian kediaman PR1MA @ Tebrau. 

Jumpa anda di sana!