Perlaksanaan Bayaran Tempahan

04/06/2019

Pelanggan yang dihargai,

Pihak PR1MA ingin memaklumkan bahawa kami akan melaksanakan bayaran tempahan kepada semua bakal pembeli berkuatkuasa pada 1 Jun 2019. Semua pembayaran mestilah dibuat atas nama PERBADANAN PR1MA MALAYSIA (untuk residensi di Semenanjung Malaysia & Sabah) manakala PR1MA DEVELOPMENT SDN.BHD. (untuk residensi di Sarawak) dan akan disahkan di dalam system kami sebelum surat tawaran pembelian (OTP) dikeluarkan. Pembayaran mestilah dibuat melalui cek atau deraf bank sahaja. Buat masa ini, pihak kami tidak menerima pembayaran melalui tunai atau pindahan wang sehingga diberitahu kelak.

Sila rujuk kepada Soalan Lazim untuk maklumat lanjut berkaitan dengan yuran tempahan ini.

Terima kasih.