Hari Terbuka PR1MA di Galeri Jualan PR1MA

07/06/2017

Rebut peluang untuk memiliki kediaman PR1MA yang berkualiti di Lembah Klang. Daftar, mohon dan pilih kediaman idaman anda di Hari Terbuka PR1MA di Galeri Jualan PR1MA, Oasis Square, Ara Damansara pada 17 & 18 Jun 2017.

Terdapat dua projek kediaman PR1MA yang akan ditawarkan iaitu PR1MA @ Alam Damai dan PR1MA @ Bandar Bukit Mahkota. Warga PR1MA akan berada di sana dari jam 9:00 pagi hingga 4:00 petang untuk merealisasikan impian anda. 

Untuk menyemak senarai penuh dokumen dan untuk mengetahui kelayakan untuk pembelian kediaman PR1MA, anda boleh layari www.pr1ma.my

Jumpa anda di sana!