Hari Terbuka PR1MA di Putatan

06/10/2017

Hari Terbuka PR1MA akan diadakan mulai 13 – 15 Oktober 2017 (Jumaat – Ahad), dari jam 9:00 pagi hingga 5:00 petang.

Untuk makluman, lokasi Hari Terbuka PR1MA kini telah ditukar ke lokasi yang baharu iaitu di Dewan Serbaguna Putatan. Kami memohon maaf di atas segala kesulitan.

Warga PR1MA akan sedia membantu anda untuk memiliki kediaman PR1MA @ Kinarut South yang akan ditawarkan di Hari Terbuka ini.

Untuk makluman:

  • 13 Oktober 2017 (Jumaat) – Sesi khas untuk jemputan bagi senarai pemohon yang berjaya dalam cabutan undi kediaman PR1MA @ Kinarut South.  
  • 14 & 15 Oktober 2017 (Sabtu dan Ahad) – Sesi terbuka untuk semua yang memenuhi kriteria kelayakan pembelian kediaman PR1MA.

Di antara kelebihan dan fasiliti-fasiliti yang disediakan di kediaman PR1MA @ Kinarut South:

  • Akses mudah melalui beberapa jalan raya utama
  • Gelanggang badminton dan taman permainan
  • Tadika dan taska
  • Surau 
  • Dewan serba guna

Untuk mengetahui info mengenai projek yang ditawarkan, menyemak senarai penuh dokumen dan untuk mengetahui kelayakan untuk pembelian kediaman PR1MA, anda boleh layari www.pr1ma.my 

Jumpa anda di sana!